PROFILE SYARIKAT

Program Pembangunan Ekonomi Umah melalui laman web www.infaq2u .com dikelolakan oleh syarikat Hadhari Mind Consultancy yang beroperasi di alamat Lot 494, Taman Putra, 75150 Bukit Baru,Melaka. Syarikat ini yang ditubuhkan pada 28 Januari 2008 memberikan fokus kepada program Pembangunan Ummah terutamanya dari segi pengurusan kewangan.Sebelum ini, syarikat ini memberikan fokus kepada pegurusan latihan,seminar dan bengkel berkaitan kewangan individu dan ummah.




Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (Projek Pembangunan Ekonomi Ummah-infaq2u)

Pengarah Urusan (Suhaimi bin Mohammed Saaid)

Seorang yang berpengalaman selama 12 tahun dalam bidang rangkaian perniagaan (networking business).Mendapat pendidikan awal di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Pengurusan Teknologi di peringkat Sarjana Muda. Berusia 32 tahun dan mempunyai pengalaman meluas dalam pengurusan infaq kerana pernah bekerja sebagai setiausaha kerja Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Melaka.

Pengarah Operasi (Mohd Fairus bin Mat Sirat)

Merupakan lepasan Institut Latihan Perindustrian,Bukit Katil Melaka.Pernah bekerja dengan Pos Malaysia selama 5 tahun.Kini bekerja sepenuh masa menjalankan kerja-kerja rangkaian (networking) perniagaan di internet.Pernah menjadi admin dalam pengurusan beberapa laman web seperti janaduit,janaduit2u dan iklanjana.

3. Pengarah Sistem Maklumat Perakaunan(Faizah binti Othman)

Berpengalaman dalam Pengurusan Sistem Maklumat Perakaunan.Menerima pendidikan awal dari Maktab Perguruan Kuala Terengganu,Batu Rakit dalam bidang Pendidikan Islam . Kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil Pengajian Syariah di Universiti Malaya dan akhirnya menghabiskan pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).Kini masih lagi melanjutkan pengajian di peringkat Master Psikologi Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

.