Syarat dan terma program hijrah4u - Bersatu Kukuhkan Ekonomi Ummah

Sebelum mendaftar, sila baca syarat dan terma yang telah digariskan. Anda dianggap telah bersetuju dengan syarat dan terma sekiranya anda mendaftar bersama kami.

1) Pembayaran sebanyak rm40.00 adalah untuk keahlian serta rm1.00 sumbangan iklas kepada anak-anak yatim (atas nama anda) dan perkhidmatan yang disediakan oleh hijrah4u.com dan tidak akan dikembalikan. Kami sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan keusahawan dan anda sebagai pelanggan kami secara automatik, anda dilantik menjadi agen kami dengan mempromosikan pakej kami melalui website yang diberi percuma.

2) Kami berhak untuk mengubah, memindah, menambah, menghentikan sebarang perkhidmatan website ini tanpa sebarang notis.

3) Anda hendaklah mendaftar menggunakan maklumat anda yang sebenar.

Pendaftaran yang menggunakan maklumat yang salah dan palsu

4) Hijrah4u.com hanya menawarkan perkhidmatan yang dibenarkan oleh undang-undang, halal, serta tidak memudaratkan. Pengiklanan produk-produk dan gambar berunsur lucah salah disisi undang-undang, isu perkauman, agama, ancaman keselamatan, lucah, produk tidak halal, meragukan dan sebagainya akan disekat serta merta.

5) Komisyen hanya layak diterima oleh pelanggan yang membuat pembayaran keahlian. Tiada had umur dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan luar Negara.

6) Maklumat peribadi anda adalah rahsia dan kami tidak akan sama-sekali memberikan atau menyalurkan maklumat anda kepada pihak ketiga kecuali atas sebab undang-undang.

7) Anda berhak untuk mengiklankan, mempromosikan website anda untuk membolehkan anda menerima komisyen. Penghantaran email SPAM adalah dilarang sama sekali. Kami tidak bertanggungjawab ke atas tindakan yang dikenakan disebabkan email spam yang anda hantar.

8) Anda hendaklah mempromosikan website anda sebagai satu perkhidmatan. Anda dilarang mempromosikan website anda sebagai satu peluang pendapatan semata-mata.

9) Kami tidak teragak-agak untuk mendakwa atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang melabelkan perniagaan ini sebagai skim cepat kaya, skim piramid dan sebagainya demi untuk melindungi perniagaan ini dan semua ahli program affiliate ini.

10) Anda juga bersetuju untuk menerima apa-apa makluman, berita terkini, dan sebagainya berkenaan dengan Hijrah4u.com dari kami samada melalui email, telefon, sms dan pos. Jadi, anda tidak boleh menganggap penerimaan bahan maklumat dari kami kepada anda sebagai SPAM.

11) Sebarang kenyataan yang bertujuan mengecam dan memburukkan nama perniagaan ini secara umum tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kami adalah dilarang. Keahlian anda akan disekat sekiranya anda bertindak demikian. Sebarang masalah mestilah dirujuk kepada kami terlebih dahulu melalui email rasmi kami, support@ Hijrah4u.com . Jangan lupa untuk menyertakan nama log in dan nama anda setiap kali menghantar email kepada kami.

12) Anda juga berhak untuk menuntut bayaran komisyen apabila melepasi had minima yang telah ditetapkan

13) Kami tidak bertanggungjawab keatas kerugian, masalah atau apa sahaja disebabkan oleh program ini. Sebarang tuntutan tidak dilayan.

14) Kami berhak untuk menahan atau menyekat keahlian anda sekiranya anda melanggar terma dan syarat diatas tanpa sebarang notis.